Thursday 3 March 2011

Siaran Hitam dan Putih

kumula kan dengan kata salam.

walau siarannya hitam putih tapi isi dan nilainya tetap utuh seperti siaran berwarna
bak cerita klasik Allahyarham P.Ramlee, tak berwarna namun dipuja sehingga kini.


aku mula melangkah melalui jalan-jalan yang sentiasa bertukar
adakalanya jalannya lurus dan adakalanya berlopak
aku anak gadis yang sedang meningkat menjadi wanita
mahu belajar,mahu mencuba  dan juga merasa

aku juga punya filem kegemaran..

kini..
aku senyum bila menonton filem-filem gadis lain
yang sedang mengilai fesyen fesyen hana Tajima
yang sedang berlumba lumba menunjuk kehandalan berhias
tipula kalau aku bilang aku bukan seperti itu
ya.. aku juga seperti mahu mencuba
mahu menjadi cantik

tapi untuk menjadi fashionista yang begitu hebat dan berwarna
aku rasa diri aku blm cukup indah
eh, kamu.. jgn salah sangka!!
aku tetap bersyukur dengan apa adanya aku
cuma aku tidak punya keyakinan lagi..

lihatlah nanti.

kau. yg baca entri ini. jgn lupa senyum.

No comments:

Post a Comment